Lelaki
1.
Zakar dengan tisu erektil
2.
Testikal dan scrotum / vesica seminalis
3.
Pundi kencing
4.
Kelanjar Prostat
5.
Saluran Sperma
6.
Lubang Air kencing
Zakar ( penis) adalah alat untuk persetubuhan ( sanggama ) dan berkemih.
Didalamnya terdapat saluran yang berfungsi ganda, tujuannya untuk mengeluarkan
air mani dan air kemih ( air kencing )
Batu Pelir ( buah zakar ) atau testis adalah kelenjar kelamin lelaki yang menghasilkan
sel-sel mani ( spermatozoa ) . Didalam kantung zakar terdapat sepasang batu
pelir ( buah zakar)
.
.
Kantung Mani ( Vesica
Seminalis ) adalah tempat penyimpanan sel-sel mani sebelum
dikeluarkan dari tubuh lelaki.
Saluran Mani ( epidydimis
dan vas deferens ) adalah saluran penghubung
antara buah zakar dan kantung mani.
Kelenjar Prostat ( glandular
prostata ) menghasilkan sejenis cairan yang merupakan bagian cair dari air
mani dan bersifat menghidupkan sel-sel mani dan juga mengimbangi pembuangan air
kemih / air kencing
Biologi Kehidupan Lelaki
Dari
usia remaja batu pelair ( buah zakar ) menghasilkan hormon lelaki yang
dinamakan 'testeron' dan membentuk sel-sel mani ( sperma ). Penghasilan
testeron dan pembentukan sel-sel mani berlangsung terus-menerus dengan
banyaknya pada lelaki normal sehinggalah kehari tua bilamana ia mula menurun.
Sel-sel mani yang telah dibentuk oleh buah zakar disalurkan melalui saluran
mani menuju ke kantung mani. Perjalanan didalam saluran mani berlangsung lebih
kurang 10 hari lamanya. Selama didalam saluran mani sel-sel mani mengalami
proses pematangan dan pembentukan yang sempurna. Bentuk sel mani yang
sempurna ialah berkepala bujur, badan yang pendek, ekor yang panjang dan mampu
bergerak sendiri.
Sewaktu pancutan sperma, sel-sel mani dikeluarkan bersama-sama dengan cairan
yang dihasilkan oleh kelenjar prostat dan kelenjar-kelenjar lainnya. Pada
seorang lelaki normal, satu pancutan mani, mengeluarkan 2 hingga 5 cc air
mani dan jumlahnya melebihi 100 juta benih.
Didalam faraj atau vagina air mani akan cepat menjadi cair dan sel-sel mani
mulai bergerak sendiri ( mobiliti ) untuk melanjutkan perjalanan menuju ke
saluran telur.
Keupayaan dan kerjayaan air mani untuk terus hidup subur dan bercantum dengan
benih wanita - ovum bergantung kepada keadaan pesekitaran ruang faraj dan juga
sek-sel mani yang matang dan normal.
Jika keadaan sekitar faraj atau rahim tidak
normal dengan berbagai masalah kesihatan, maka sel-sel mani akan cepat
mati. Begitu juga sel-sel mani yang tidak sihat dan jumlah yang tidak
mencukupi, tidak memungkinkan satu kehamilan itu berlaku.
Sekiranya semua berjalan dengan lancar dan normal, maka akan berlakulah satu
kehamilan yang diharap-harapkan.
Wanita
1. Faraj 2.
Uterus / rahim 3.
Ovari
4. Pundi kencing 5. Tiub Fallopia
6.
Kelentit
7. Lubang Kencing 8. Libia Minora / majora 9. Servik
10. Selaput
Dara 11. Kelenjar
Bartholin. 12.
Vulva
.
.
Biologi Kehidupan Wanita
Faraj ( vagina ) Liang Sanggama adalah alat penghubung rahim dengan dunia luar,
alat penerima zakar waktu sanggama dan janin kelahiran anak.
Rahim ( uterus ) adalah tempat berkembangnya anak didalam kandungan. Ia
kelihatan seperti bentuk huruf 'T' terbahagi atas bahagian badan dan bawah
leher rahim. Didalam badan rahim terdapat rongga rahim yang dilapisi
selaput lendir rahim.
Indung Telur (Ovari ) adalah kelenjar kelamin yang menghasilkan hormon kandungan dan
juga menentukan kesuburan seseorang wanita. Terdapat sepasang Indung telur yang
terletak disisi kanan dan kiri rahim. Didalam masing-masing indung telur
tersebut terdapat lebih kurang 100 ribu benih telur.
Saluran Telur ( tuba
fallopian ) adalah alat penghubung antara indung telur dan
rongga rahim
Buah dada ( payudara) adalah alat untuk menyusu bayi. Didalamnya terdapat
kelenjar-kelenjar untuk mengeluarkan susu.
Haid
Sejak dari remaja ( puberty ) sampai putus
haid ( menopause ) wanita mengalami haid atau keluar darah bulanan ( menstruasi
). Darah haid ini berasal dari rongga rahim dan timbul akibat pecahan selaput
lendir rahim .
Pada umumnya darah haid bersifat cair berketul
macam agar-agar berwarna merah gelap dan berlaku pada jangkamasa 2 hari
sampai 6 hari bagi setiap putaran haid. Darah yang mengalir ini merupakan
keguguran lapisan sel-sel pada dinding uterus kerana ketiadaan persanyawaan
pada ovum.
Mula-mula hormon peransang folikel (FSH)
dikeluarkan oleh kelenjar pituitari akan merangsangkan penghasilan ovum dan
rembesan hormon estrogen oleh ovari.
Estrogen menyebabkan penebalan pada dinding
uterus . Selepas lebih kurang 14 hari , kepekatan estrogen akan mencapai
takat maksimumnya sehingga memberi kesan menghalang pengeluaran hormon
FSH. Kelenjar pituitari kemudian mengeluarkan hormon lain disebut
hormon peluteinan (LH) hormon.
Hormon luteinan menyebabkan proses pengovulan
atau pelepasan ovum. Perempuan itu dikatakan berada dalam
keadaan subur dan persenyawaan mungkin berlaku pada peringkat ini.
Selepas pengovulan , FOLIKEL GRAAF yang kehilangan ovum akan menjadi korpus
luteum.
Hormon progesteron penting untuk perkembangan
endometrium uterus dan menyediakannya untuk penempelan ovum yang telah
disenyawakan dan menghentikan kelenjar pituitari dari mengeluarkan FSH dan LH.
Tanpa LH dan FSH kitar haid tak berlaku.
Jika ovum itu tak disenyawakn, korpus luteum akan
mengecut dan hormon progesteron akan berkurang . Pemusnahan lapisan sel pada
dinding uterus berlaku dan kitar haid bermula. Selepas tamat haid, Hormon fsh
akan dikeluarkan sekali lagi oleh pituitari.
Menopause
Putus haid adalah satu keadaan dimana badan wanita itu berhenti
mengeluarkan ovum dan paras hormon sex seperti estrogen dan progesteron juga
berkurangan. Putus haid boleh bermula diantara umur 45-55 tahun. Akibat
perubahan hormon dalam badan ,seseorang wanita boleh mengalami simptom-simptom
yang menyebabkan masalah fisologi dan psychology.
Antara simptom-simptom menopause adalah seperti:
1. Fikiran tidak menentu
2. Resah dan gelisah
3. Risau, takut-takut, sedih sayu, pilu, dll
4. Badan terasa kepanasan
5. Pening kepala, mual, loya
6. Hilang nafsu seks
7. Badan berpeluh
8. Sakit-sakit badan dan sendi
9. Pengecutan tulang. Osteoprosis, dll
Perubahan didalam
indung telur
.
.
Dalan jangka waktu satu daur
haid didalam indung telur terjadi serangkain perubahan sebagai berikut:
Dengan berakhirnya haid
beberapa benih telur mulai menjalani proses pematagan menjadi sel telur (ovum)
dalam proses ini benih-benih telur yang semula tampak sebagai bintik-bintik
kecil berubah bentuk menjadi gelembong-gelembong telur yang semakin lama
menjadi makin besar. Pada suatu ketika salah satu dari gelembung telur tersebut
menjadi demikian besarnya sehingga menonjol dipermukaan indung telur.setelahnya
gelembung telur tersebut pecah dan melepaskan sel
Telur yang sudah matang. Peristiwa ini dikenal
sebagai ovulasi (peneluran).
Setelah ovulasi sisa
dari gelembung telur yang pecah tadi berubah menjadi suatu `badan kuning `
(corpusluteum). Bila tidak terjadi kehamilan maka menjelang hiad berikutnya
badan kuning tersebut menjadi kisut dan menghilang dari indung telur.
Waktu yang dibutuhkan
untuk pematangan benih telur menjadi sel telur dapat berubah-ubah pada
seseorang wanita dan berbeda-beda pada wanita yang satu dengan wanita lainnya.
Sebalikbya, umur dari badan kuning kurang lebih tetap dan sama lamanya untuk
semua wanita, yakni berkisar antara 12 sampai 16 hari lamanya atau rata-rata 14
hari lamanya.
Pada umumnya ovulasi
dalam daur hiad nya. Adakalanya wanita tertentu mengalami lebih dari satu kali
ovulasi dalam daur haid nya.
Namun demikian,ovulasi susulan ini hanya mungkin
terjadi dalam waktu 24 jam sesudah ovulasi yang pertama.
Setelah ovulasi,sel telur ditampung
oleh saluran telur dan digerakkan
Menuju dirongga rahim. Sel telur berukuran
sanggat kecil, kira-kira sebesar hujung jarum, dan bilaman tidak dibuahi hanya
dapat hidup tidak lebih dari 24 jam lamanya .
HORMON KANDUNGAN
Seraya berlangsung rangkaian
perubahan-perubahan tersebut pada halaman 10, indung telur mengeluarkan hormon
kandungan. Terdapat dua jenis hormon kandungan , yakni hormon estrogen dan
hormon progesteron.
HORMON ESTROGEN
Hormon estrogen dihasilkan
oleh gelembong telurdan badan kuning. Oleh kerana itu hormon estrogen terdapat
sepanjang daur haid dengan kadar yang berbeda-beda.
Pada permulaan haid, kadar
estrogen masih sanggat rendah, tetapi lambat laun makin meningkat sesuai dengan
tingkat perkembangan pada gelembong telur dan pematangan sel telur. Puncak
kadar hormon estrogen tercapai 1-2 menjelang saat ovulasi. Setelah ovulasi
kadar estrogen menurun kembali dan menjadi sanggat rendah lagi pada permulaan
haid berikutnya