Hari Subur


Mencari Hari Yang Subur
Setiap wanita yang normal akan mengalami satu hari yang dinamakan sebagai Hari Subur atau Ovulasi, dimana pada hari tersebut telur yang subur dan matang nenetas.
 
Bila sudah tahu Hari Subur, maka persetubuhan hendaklah dilakukan pada hari tersebut
 
Bilangan Hari
 
Untuk mengenal pasti yang tepat tarikh subur atau tarikh dimana telur menetas, anda harus mempunyai satu buku catitan peredaran haid anda setiap bulan.
 
Hari Subur / Telur Menetas
 
·        Tandakan hari pertama haid anda dengan tanda warna merah. Dari hari pertama kedatangan haid, bilang hingga keangka 14.
 
·        Hari ke 14 ini adalah Hari Subur atau telur mulai menetas. Maka hari ini anda wajib bersama atau melakukan persetubuhan.
 
Contoh:
 
1.    Jika haid anda datang pada 1 haribulan, maka tarikh subur anda   akan jatuh pada 14 haribulan.
2.    Jika haid anda datang pada 28 haribulan ( campurkan 13 hari lagi ) Ini bererti Hari Subur anda adalah jatuh pada 11 haribulan.
3.    Jika haid anda datang pada 5 haribulan ( campur 13 hari lagi ), maka Hari Subur anda jatuh pada 18 haribulan.
 
Mencuri Hari Subur
 
Sememangnya kita akui bahawa kebanyakan wanita akan mengalami hari kesuburan pada hari ke 14 selepas  kedatangan haid.
 
Namun supaya lebih yakin supaya cepat hamil, kami mensyurkan supaya anda mencuri satu hari sebelum hari ke 14 iaitu hari ke 13  dan satu hari lagi lepas hari ke 14, iaitu hari ke 15
 
        Ini bererti anda disyurkan supaya melakukan persetubhan wajib selama 3 hari berturut-turut iaitu Hari ke 13, Hari ke 14 dan Hari ke 15
 
 
Perlu di Ingatkan:
 
Selama 7 hari sebelum telur menetas atau ovulasi, ubat-ubat homeopati yang dibekalkan hendaklah dimakan mengikut peraturan yang ditetapkan. Kerana ubat-ubat homeopati tersebut, sedikit demi sedikit dapat membantu menyuburkan kamatangan tulur atau ovum seorang wanita.
 
        Begitu juga permakanan, hendaklah dimakan bahan-bahan makanan berzat supaya tahap kesuburan lelaki dan wanita akan bertambah menjelang tarikh subur
 
Persetubuhan Pada Hari-Hari Lain.
 
Hari-hari lain, sungguh pun dikatakan tidak subur, namun tidak siapa yang mengetahui kehendak Allah swt. Bilamana Allah swt berkehendakkan seseorang hamba Allah itu hamil, maka persetubuhan pada hari yang dikira tidak subur juga, akan membuahkan kehamilan.
Sebab kadang-kadang telur / ovum boleh menetas secara spontan, bilamana ia merasakan ingin dibebaskan dari follicle seorang ibu.
 
        Oleh itu, bagi pasangan yang inginkan anak, maka kami galakan persetubuhan dilakukan setiap waktu yang terluang. Jangan hanya menunggu pada hari ke 14 semata-mata. Hari-hari lain juga perlu kepada persetubuhan yang intim