Teknik Kesuburan
Kadangkala satu pasangan tidak berupaya untuk hamil kerana sesuatu sebab yang
tidak diketahui oleh ujian perubatan. Tahap kesuburan adalah sukar untuk
dinilai, dan kesuburan anda sendiri tidak menentu dari hari ke hari ,bulan ke
bulan dan tahun ke tahun. Perubahan ini adalah berdasarkan pada pelbagai
faktor-faktor yang berlainan.
Pada masa
yang sama , kehamilan telah pun diketahui berlaku bila model-model kesuburan
perubatan mengatakan ,ianya adalah tak mustahil secara saintifik. Hampir
setiap orang telah mendengar kisah-kisah mengenai wanita mengandung semasa
kitaran haid, semasa menggunakan pil pencegah kehamilan, atau pun selepas
dilabelkan tidak subur oleh ahli-ahli perubatan. Sebagai
wanita, anda tidak mengetahui dengan tepat bilakah telur akan bersedia
untuk menetas!
Cuma apa
yang dikatakan oleh kebanyakan ahli perubatan yang meberi berbagai formula
tarikh-tarikh tertentu telur menetas, adalah suatu ramalan yang fitrah yang
dilalui oleh kebanyakan wanita.
Bila sudah
berkahwin sekian lama dan tidak menunjukkan sebarang tanda akan hamil,
kadang-kadang seorang wanita cepat-cepat akan meneka bahawa mereka hamil
setelah kelewatan haid selama satu minggu atau lebih. Pada hal bila dibuat
ujian air kencing dan disahkan oleh doktor 'tidak hamil', kaum ibu cepat
mengeluh dan berputus asa.
Berbagai Cara Rawatan
Sungguhpun dalam dunia moden hari ini berbagai teknik baru untuk merawat
kemandulan seperti IUI, In-Vitro, Test Tube dan memakan ubat-ubat kesuburan
seperti 'Clomiphene Citrate , Premarin, Bromcryptine, Prolactin ' dan
sebagainya. Namun kehamilan tidak juga berlaku.
Bagi kaum ibu seperti ini hari-hari berlalu amat mengecewakan meraka,
seolah-olah menunggu suatu kepastian yang tidak nyata.
Nah ! Hari
ini kalian tidak perlu lagi berputus asa. Kajian demi kajian telah dilakukan
untuk memperbaiki mutu Teknik HTI P2000® yang dilakukan oleh Prof Dr Nik Omar
dan rakan-rakan, akhirnya mempunyai harapan yang baik untuk menyelesaikan
masalah infertiliti dikalangan pasangan suami isteri dengan mengikut kaedah dan
petua yang diberikan, InshaAllah mudah-mudahan anda akan berhasil mendapat
zuriat.
Terdapat empat hari kemungkinan dan
berpotensi subur semasa ovulasi secara spontan setiap bulan. Jadi apabila
konsepsi diperlukan , kami menasihatkan supaya mengadakan hubungan kelamin
didalam jangka waktu empat hari istimewa yang digelar 'Hari Subur' dan
pada minggu tersebut anda akan dibekalkan dengan remedi-remedi homeopati yang
istimewa khusus untuk kesuburan telur atau ovum
Dengan menggunakn hari-hari tersebut anda secara dramatisnya boleh meningkatkan
peluang kesuburan . Ramai wanita yang didapati tidak subur selama beberapa
tahun menjadi hamil selepas mengenal pasti dan mengamalkan persetubuhan
pada hari-hari subur ini secara tertib dan sopan.
Kajian Prof Nik Omar
Prof Dr
Sir Nik Omar telah meluangkan masa dalam kerjaya perubatannya bersama
pasangan sukarelawan yang kurang subur dalam menyelidik tentang masa
bilakah ovulasi spontan peringkat kedua terjadi. Dia telah membongkar bahawa
masa konsepsi merupakan masa paling penting untuk menggalakkan kesuburan.
Kaedah HTI-P2000 Dr Nik Omar ini akan berikhtiar untuk menentukan secara tepat
hari-hari subur anda. Menggunakan kaedah ini , anda akan memiliki peluang
untuk hamil tanpa dadah, tanpa anti-biotik atau rawatan yang konventional
, herba-herba yang mahal dan lain-lain unsur yang merbahaya dan
mencurigakan. Kami akan menyediakan hari-hari subur anda dan sedikit
remedi homeopati yang lembut dan sesuai dihisap atau digigit, tanpa dadah,
tanpa rancun dan tanpa kesan sampingan, demi untuk menentukan konsepsi
yang paling tepat bagi kehamilan anda.
Permakanan / Diet
Didalam menjayakan teknik
HTI P2000® soal permakanan adalah salah satu program yang harus diikuti dengan
baik agar tercapai cita-cita untuk mendapatkan zuriat.
Pemakanan yang seimbang dan berzat haruslah diutamakan oleh kedua-dua pasangan
suami isteri. Makanan yang berlebihan sehingga pasangan suami isteri
menjadi gemuk, juga merupakan salah satu faktor yang boleh menyebabkan
kehamilan terbantut. Hal ini memang banyak berlaku dikalangan isteri yang
kegemukan.
Oleh itu, kami syurkan
supaya masalah kegemukan dikurangkan sewaktu menjalankan terapi HTI P2000 ini.
Makanan yang berzat narus diutamakan. Diantara makanan yang disyurkan untuk
suami isteri ialah:-
·
Telur separuh masak
·
Kacang-kacangan, seperti kacang hijau, kacang tanag, soya, dll
·
Buah badam, buah kurma
·
Manisan Madu
·
Kismiss, susu kambing, dll
Makan Ubat-Ubat Lain
Semua ubat-ubat lain sebaiknya dihentikan selama anda memakan
ubat-ubat homeopati HTI P2000, kerana ubat-ubat homeopati amat sensitif atau
kalah pada ubat-ubat lain.
Kadang-kadang ubat anti-biotik, akar-akar kayu, herba, panadol dan
sebagainya boleh membuhon kuasa penyembuhan pada ubat-ubat homeopati. Kerana
seperti yang dimaklumkan ubat-ubat homeopati terdiri dari bahan-bahan
semulajadi yang lembut seperti bunga Chamomilla, Lily, Bunga Matahari, Rhust
Toxindron, Calendula, Marigold, dsb.
Nota : Jika anda sedang
memakan mana-mana ubat yang berterusan dari mana-mana hospital kerajaan,
beritahu kami, agar kami dapat sesuaikan jadual memakan ubat kami dan ubat
hospital allopati secara bergilir-gilir.
Gaya Hidup Sihat
Ubahkan
sikap anda dari gopoh-gapah dalam setiap pekerjaan harian dan bersikaplah lebih
rational, tenang dan bersabar. Jauhilah sikap tamak kerja, stress dan
tension.
Si isteri
janganlah asyik bekerja sahaja, pagi kerja pejabat, malam buat pula kerja rumah
sampai larut malam, tanpa memberi ruang rehat kepada mental dan fisikal.
Si Suami
juga hendaklah bersikap rational dan jangan asyik bekerja sahaja, sehingga
keletihan dan tidak ada mood untuk mengadakan persetubuhan dengan isteri.
Jika tinggal
bersama keluarga, mungkin masalah stress dan padat dengan masalah keluarga akan
menghilang nafsu seks suami isteri, oleh itu elok benarlah sesekali
diberi ruang untuk relax dan istirehat sambil melancung ketempat-tempat
yang menarik baik dalam negeri mahupun diluar negeri. Agar fikiran menjadi aman
dan tenteram.
Kadang-kadang sesekali
melancung sambil bercumbu-cumbuan ditempat-tempat perlancungan, akan
mengembalikan nostalgia anda kealam mula-mula anda berbulan madu yang pertama.
Mungkin cara ini akan
menyeronokan anda dan sekali gus akan membuahkan hasil yang memuaskan. Ingat
sebaiknya rancanglah untuk bercuti pada tarikh 'subur' iaitu hari ke 14 selepas
kedatangan haid yang pertama.
Rancangkan agar anda sampai
kedestinasi pelancungan satu hari lebih awal dari tarikh subur.
Berdoa Kepada Tuhan
Sentiasa berdoa kepada Tuhan
meminta berkat dan hidayah agar diberi zuriat yang baik-baik. Aapa pun agama
anda, mintalah kepada tuhan masing-masing. Bagi Muslimin dan Muslimat,
sentiasalah meminta, jangan sekali-kali berputus asa.
Jika ada kawan atau
saudara-saudara yang baru pulang dari Mekkah, mintalah Air ZamZam, sambil
minum, sambil bedoa meminta zuriat dari Illahi