Penyebab Kemandulan
Berikut adalah kajian-kajian dari dari sudut perubatan homeopati,
akupunktur dan komplementari, yang dijalankan di Kelinik Infertiliti, Fakulti
Perubatan Homeopathy Malaysia, Kelantan yang diketuai oleh Prof Dr Sir Nik Omar
bin Haji Nik Daud.
Mengapa dan kenapa seseorang itu mandul.
Mengikut lapuran yang dibuat oleh Badan Kesihatan
Dunia - WHO yang menjalankan kajian di negara-negara Sahara - Afrika, telah
menunjukkan angka yang agak mengejutkan, dimana disetengah tempat seperti di
Sudan dan Cameroon peratus kemandulan atau infertiliti telah mencapai angka 40
% dari jumlah penduduk yang berkahwin. Satu kajian di India pada tahun
1971 didapat 6 - 12 % pasangan yang berkahwin termasuk dalam senarai
infertiliti.
Sementara satu lapuran
lagi menunjukkan tahap air mani / sperma lelaki dalam alaf baru ini telah
menurun keparas 40 % dari jumlah asal sperma manusia sebelum perang dunia ke 2.
Jika keadaan ini
berlarutan, maka 100 hingga 200 tahun lagi kemungkinan besar kita akan
menghadapi satu krisis baru kemanusiaan, iaitu kepupusan air mani lelaki.
Kemandulan dibagi kepada 4 sebab utama
:
· Wanita
· Lelaki
· Lelaki dan Wanita
· Tidak Di Ketahui
Kemandulan Wanita
Banyak sebab-sebab dipihak wanita, antaranya kemungkinan salah satu
atau lebih dari faktor-faktor berikut boleh menyebabkan kemandulan wanita.
· Haid tidak teratur
· Tidak ada haid,
· Haid berpanjangan
· Senggugut / sakit waktu
haid
· Endometrosis
· Jangkitan kuman /
Keputihan
· Ketumbuhan pada rahim /
fibroid, polyp, dll
· Hilang Nafsu Seks
· Penyakit kronik
· Terlampau emosi
· Tidak Subur / tidak ada
ovum / telur
· Kesan Sampingan
Ubat-Ubat Kuat
· Perancang Keluarga
Berpanjangan / Jamu-jamu yang keras
· Tersumbat Saluran
Fallopian ( Tubal obstruction )
· Gangguan pada
hypothalamic-pituitary-ovarian axis
· Kegagalan ovari seperti
ovarian dysgenesis
· Penyakit Polycystic
pada ovari
· Radangan pada bahagian
pelvic
· Sebab psychosomatic
menyebabkan gangguan saluran kesuburan
· Kelahiran cacat /
congenital abnormalities.
· Kesan dari keguguran
· Kemungkinan disebabkan
buat D & C yang berterusan
· Kesan Pembedahan pada
Rahim.
· Cecairan yang asam dan
kuat dari permukaan servik
· Jarang belaku,
penebalan pada bahagian servik / obstruction
· Radangan Faraj / severe
vaginitis
· Vigunismus
· Selaput Dara yang masih
menebal / tight fourchette
· Gangguan kromoson dan
baka pada fetus
· Pembentukan rahim atau
uterus yang tidak sempurna
· Kesan sampingan
penyakit kelamin, spt gonorrhoea, siflis, dll
Kemandulan Lelaki
Antara sebab-sebab kemandulan dipihak lelaki, kemungkinan salah
satu atau lebih dari faktor-faktor berikut, boleh menyebabkan kemandulan lelaki
· Mati Pucuk / impoten
· Zakar tidak kuat
· Zakar tidak upaya masuk
ke faraj
· Pancutan airmani Pra
Masa
· Hilang Nafsu seks
· Tidak ada benih /
azoospermia
· Sperma cair
· Sperma tidak mencukupi
( Normal 100 juta)
· Sperma banyak yang
cacat
· Sperma lemah /
keletihan
· Sperma cepat mati
· Mengalami Penyakit
Kronik seperti diabetes, tuberculosis, AIDS, dll
· Kesan Penyakit Kelamin,
siflis atau gonorrhoea
· Usia terlampau tua
· Varicocele yang
menyebabkan oligospermia
· Kegagalan testicular
kerana infeksi kuman, bakteria atau virus
· Gangguan endokrina
seperti adrenogenital.
· Cryptorchidism,
kegagalan batu pelir menurun
· Hydrocele kerana
infeksi parasit
· Beguk yang serius
sewaktu kanak-kanak
· Kerusakan pada saluran
ejukasi
· Trauma pembedahan
testis, dsb
· Faktor genetik
· Ketagihan arak, dadah,
rokok, stress dll
Penyebab Kedua Belah Pihak - Lelaki & Wanita
Ada dikalangan pasangan yang
mandul saling tuduh menuduh antara satu sama lain, menyebabkan kemandulan. Pada
hal kamandulan disebab kedua pasangan tersebut. Ini mungkin kerana kesalahan
teknikal sahaja. Jika pasangan seumpama ini sanggup menemui doktor, besar
kemungkinan kemandulan seperti ini dapat diatasi.
Beberapa kemungkinan boleh berlaku, antaranya ialah:
· Kurang pengetahuan
tentang persetubuhan
· Menganggap persetubuhan
- jijik dan memalukan
· Bersetubuh hanya diwaktu-waktu
tertentu sahaja
· Imune system yang tidak
kompatibal antara satu sama lain, menyebabkan mani menjadi melekat atau
agglutination
· Suami isteri yang tidak
mencukupi zat-zat yang diperlukan oleh badan
· Sebab psychogenik, tidak
dapat setubuh dengan isteri tetapi dapat pula setubuh dengan perempuan lain,
begitu juga sebaliknya.
Tidak Di Ketahui
Ada 20 % dari pasangan yang
berkahwin melebihi dari 2 tahun, tetapi masih belum dikurniakan anak. Pada hal
pemeriksaan doktor mengesahkan Si - Isteri normal dan Si Sumai juga normal.
Tetapi masih kini, asyik menunggu, tidak juga hamil.
Hal ini diluar bidang kuasa
manusia, hanya Allah yang mengetahui.
Namun pasangan seumpama ini
jika dicuba rawatan kami - HTIP2000, kami yakin berjaya mendapat zuriat, dengan
izin Allah